FLORA BAY RESORT

Terletak di Pantai Teluk Dalam atau Deep Bay, Pulau Perhentian Besar

SNORKELING TRIP

Snorkeling merupakan aktiviti utama bila berkunjung ke Pulau.

TEMPAH SEKARANG

Jom tempah sekarang tarikh percutian bergantung pada anda.

FLORA BAY RESORT

Antara pilihan resort bagi pelancong untuk bercuti di Pulau Perhentian

Flora Bay Resort terletak di Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian besar. Flora Bay Resort dibangunkan sejak tahun 1990 dan sentiasa menaik taraf fasiliti bilik tetamu, restoran, landskap dan sebagainya bagi menyambut kedatangan dan keselesaan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa. Malah Flora Bay Resort juga sentiasa menitikberat serta menawarkan perkhidmatan 5-bintang dalam suasana yang lebih santai & mesra.

Persoalan yang sering ditanya oleh pelancong ialah “saya nak resort yang dekat dekat pantai atau laut” ada tak? Ya ada, dimana resort ini memang terletak di tepi pantai ataupun laut hanya beberapa langkah sahaja untuk ke pantai. Disini, pantainya yang sangat cantik dan indah, air yang tenang, jernih dan cetek, ia sesuai untuk seisi keluarga lagi-lagi yang bawa anak kecik datang bercuti kerana di resort ini mempunyai kawasan pantai yang luas, redup (tidak panas) dan anda boleh bersantai diatas buaian tepi pantai disediakan oleh pihak resort dan menikmati suasana nyaman dan melihat pemandangan yang indah.

Flora Bay Resort juga adalah salah satu resort yang menjadi pilihan para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bercuti di Pulau Perhentian yang inginkan ketenangan pukulan ombak yang lembut, kedamaian bayu angin malam bertiup  tanpa gangguan, ini kerana kawasan Teluk Dalam ini tidak sibuk seperti kawasan-kawasan lain seperti di Pulau Perhentian Kecil. Di waktu malam pula tidak banyak aktiviti boleh dilakukan disini tetapi siapa yang datang untuk rilex ini la tempatnya.

Anda tak perlu risau nak cas handphone, iron tudung dan baju!! Sebab Flora Bay Resort menyediakan elektrik pada waktu siang dan malam senang citer 24 jam melainkan pada masa itu ada msalah teknikal yang itu saya tak leh buat apa la..hehehe!! Senang citer resort ini sesuai untuk semua orang; sama ada anda seorang pengembara yang kesepian, pasangan pada bulan madu, keluarga, muda atau tua. Pihak resort akan membuat percutian anda yang paling menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan!

KEMUDAHAN:

  • Bilik Tetamu

.

Flora Bay Resort mempunyai 80 bilik dan banglo. Resort ini menyediakan pelbagai pilihan jenis bilik tamu seperti Fan Hill View,Garden View Terrace, Garden View Triple, Garden View Quad, Family Room, Seaside view , Seaview Deluxe and Semi Suite Seaview.

So, bilik ini semua berada di sebelah pantai tapi bilik yang betul-betul mengadap pantai, buka-buka pintu terus nampak laut adalah jenis bilik  Seaview.  Selain daripada bilik seaview itu adalah Fan Hill View and Garden, anda perlu berjalan sedikit untuk ke pantai. Tidak la jauh untuk berjalan kaki jer.

  • Restoran

Flora Bay Resort telah menyediakan restoran yang cantik dan juga sebagai lobi. Restoran dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 malam pada setiap hari. Pelbagai jenis makanan kami sediakan seperti makanan kegemaran tempatan (makanan melayu, cina dan India), Masakan barat, Makanan laut, , jus tempatan. Anda boleh lakukan tempahan untuk makan malam BBQ Khas dan Restoran ini juga punya TV kabel untuk tontongan anda seperti sukan, berita, filem, discovery dan macam-macam lagi.

  • Penyewaan laptop
  • Dewan / Meeting Room
  • Kedai Cenderahati
  • Dive Shop/ Snorkelling

HARGA PAKEJ BAGI FLORA BAY RESORT

  • 2H1M: RM 189 seorang (min 2 orang)
  • 3H2M: RM 239 seorang (min 2 orang)

.

DIJAMIN PAKEJ TERMURAH SERVICE TERBAIK AKTIVITI PADAT JADUAL TERSUSUN DAN BANYAK LAGI MENANTI ANDA🏄🏻‍♀️

.
REBUT PELUANG TERBAIK INI SEKARANG 
.
.
KOMEN “SAYA NAK” 
KOMEN “SAYA NAK” 
KOMEN “SAYA NAK” 
.
.
ATAU KLIK LINK INI UNTUK TERUS HUBUNGI KAMI 
Pakej Pulau Perhentian-Flora Bay Resort

VIEW THIS PHOTOS

Salam . Baru je sampai rumah kita bagi review terus . Mula2 risau jugak dgn package dnamie ni sebab murah sangat . Takut ditipu pulak , tak sangka package yg murah ni dapat layanan first class dari staff2 dnamie ni . Chalet yg saya duduk pulak dkt flora bay . Org2 sana semua peramah & baik . Boatman dorang pulak serious terbaik tak tipu , Mana ada boatman sanggup jadi babysitter � Hanya di dnamie shj � . Tq staff dnamie layan kami dari start nak mulaa book sampai sekarang ni . Kami puas hati semua � Insyallah ada rezeki kita jumpe lagi . Tq kak ana & abg miey �

Mohd Faris

Pakej Pulau Perhentian-Flora Bay Resort

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

DNAMIE LEISURE

  •   Lot T1-12, Plaza Mara Kuala Besut, Besut, Terengganu, Malaysia

  •    Pejabat: +6 960 4918

  •    Mobile: +6010 444 7423 / +6016 984 7423

  •    Email: dnamieleisure@gmail.com

HUBUNGI KAMI





© Copyright 2018 by DNAMIE Leisure & Tour Sdn Bhd. All Rights Reserved - Made With (1161129-D) KPK NO:8208